Keliru diri ini.
Mungkin kerana aku terlalu cemburu. Cemburu akan semua yang berlaku di sekeliling aku. Aku sedih tapi aku tutup dengan rasa gembira ketawa sekuat hati, biar tiada seorang pun tahu apa sebenarnya yang terjadi. Cemburu ini bukan lah seperti, kau cinta dia, dan aku rasa nak mengamuk, belasah dia sampai terbalik, sampai lebam, tidak. Aku cemburu kepada berapa tinggi orang pergi, berapa jauh orang langkah. Itu definisi cemburu bagi aku. Mungkin masa aku belum tiba, peluang aku belum sampai, satu hari nanti, akan pasti. Itu aku katakan pada diri ini, yakinkan hati ini. Tetapi, hati aku, hanya hati seorang remaja perempuan yang mungkin sampai bila akan kuat berdiri atas kaki sendiri, bila ombak dan angin yang menerjah itu kuat bagai tsunami yang melanda tapi tiada air, hanya derasnya yang terasa. Faham? Aku tetap merasa diri ini seprang. Memang aku ada kakak, aku ada adik, tetapi, sepatah kata mereka, aku kan kakak yang perlu berlagak kuat. Berlagak kuat, macam semunya tenang tiada masalah. Hanya sekali sekala aku akan meluah. Dan kata mereka lagi, aku perlu berhenti meluah. Berhenti meluah. Mungkin itu akan kujadikan resolution untuk tahun baru ini. Maaflah kalau sebelum ini itu semua menyakitkan hati kamu dan kamu dan kamu semua. Tetapi itu aku. Fine! Aku akan stop. Aku akan berhenti.

Posted on Sunday, January 6, 2013 at 8:36 PM


« OLDER
NEWER »